selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU AL-FALAH TAMAN SERI CHIN-CHIN JASIN MELAKA.

Friday 14 March 2014

DUNIA ATAU AKHIRAT?








Allah SWT menciptakan dunia ini untuk kita manusia.
Namun kita diciptakan oleh Allah bukanlah untuk dunia ini.
Allah SWT menciptakan kita untuk kehidupan akhirat yang selama-lamanya.
Ketetapan Allah bahawasanya dunia ini hanyalah sementara sahaja.
Apa sahaja yang ada di dunia ini atau siapa sahaja yang ada di dunia ini hanyalah sementara sahaja.

 
Kaya sementara, miskin sementara,sihat sementara, sakit sementara, kacak sementara, cantik sementara bahkan matahari yang kita lihat terbit di ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat juga sementara. 



Satu hari nanti pasti dan pasti Allah akan hancurkan semua itu.
Sungguh bodoh apabila kita mencintai sesuatu yang sementara, mencintai dunia yang Allah akan hancurkan. 


Alihkanlah cinta pada kampung akhirat yang kekal selama-lamanya. Seluruh penderitaan didunia jika dikumpulkan dan dibandingkan dengan penderitaan seorang ahli neraka, maka seluruh penderitaan itu bagaikan sebutir zarah sahaja umpama tiada apa-apa.
Masalah di dunia bukanlah masalah yang sesungguhnya. 


Masalah SEBENAR kita adalah di AKHIRAT !!!!!!!




Thursday 6 March 2014

Nilai Dunia


Dari Sahl bin sa'ad r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Jika dunia ini mempunyai nilai sebesar kepak nyamuk sekalipun, maka Allah SWT tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun setuguk air. (oleh kerana dunia ini tidak bernilai walaupun sekadar ini, kerana itulah dunia ini diberi kepada orang orang kafir dan orang orang yang berdosa tanpa batasan). (HR Muslim)